Two country One week

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share story morry about my family vacation dua negeri dalam satu minggu. Serious, memang penat. Tapi berbaloi sangat travel ala-ala bagpackers ni. Haha. Tapi yang lain nye sebab on the spot sewa resort and hotel. Aku memang suka sangat travel. Setakat ni dalam negera Malaysia je la. Maybe, luar negara akan dipertimbangkan bila aku dah ada kerjaya aku sendiri nanti.

Percutian ke negeri yang pertama iaitu di Terengganu. Dengan bantuan GPS kami sampai di Kuala Terengganu pada 5 Jun 2013. Destinasi pertama adalah Intan Beach Resort. Resort yang betul-betul terletak di tepi Pantai Batu Buruk. Even nama pantai ni Pantai Batu Buruk, tapi kawasan pantai sangat bersih dan tenang. Kami check in dan berehat serta menunaikan solat. Jam 5 petang kami keluar bersiar-siar di tepi pantai. Di tepi Pantai Batu Buruk ni kita boleh rasa juadah istimewa di K.Terengganu iaitu makanan laut seperti ikan dan seafood dicelup dengan tepung. Sangat sedap. Korang kene try.

Kemudian kami menuju ke tepi pantai. Dekat situ aku naik kereta kuda, scrambler car, and main layang-layang. Nak naik Poney tapi bila aku tengok Poney tu aku kesian terus aku batalkan niat aku. Hehe. Sesampainya waktu maghrib aku, abang and adik berjalan menyusuri pantai balik ke resort. Babah and ibu naik kereta. Jarak pantai dengan resort kami dekat je. Tak sampai satu kilometer pun. Pada waktu malam kami berjalan-jalan dan shopping di Dataran Syahbandar. Setelah penat berjalan kami balik ke bilik  dan berehat.

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Keesokan pagi kami check out dan terus menuju ke Pasar Payang. Di Pasar Payang terdapat banyak makanan tradisional orang Terengganu dan pakaian seperti kain batik ela yang sangat cantik dalam lingkungan harga RM100 ke RM300. Selepas kami keluar dari Pasar Payang kami terus set GPS ke Kota Bharu, Kelantan.

Seperti biasa sampai di Kelantan kami check in hotel. Kami menginap di Sutera Inn Prima hotel. Kami mengambil masa untuk berehat. Pada waktu malam, selepas makan malam kami terus membawa haluan kami ke Wakaf Che Yeh. Di Wakaf Che Yeh terdapat banyak jualan baju, tudung dan sebagainya ia seperti Gerbang Malam kalau kat Ipoh. harga yang berpatutan dan kalau berjalan dalam satu malam tu comfirm tak habis sebab Wakaf Che Yeh tu tersangat besar. Dinasihatkan jangan pakai high heels kalau nak berjalan di Wakaf Che Yeh. Hehe.

Pada pagi keesokan hari, kami bergerak ke Rantau Panjang. Hanya lebih kurang 30km dari Kota Bharu. Kami melepasi kawasan imigresen menandakan kami telah memasuki kawasan Rantau Panjang. Di sini kami shopping baju-baju dan barang-barang makanan yang pelik untuk dirasa. Sangat murah baju-baju di sini. Terutamanya jubah dan baju melayu. Belum sempat kami tawar menawar mereka sudah menawarkan harga yang rendah.

Rantau Panjang, Kelantan.

Kami bergerak pulang ke Perak setelah puas merantau di Rantau Panjang. Melalui jalan Gerik sempat lagi singgah di Hentian Titiwangsa yang merupakan pit stop pada puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa. Jauh perjalanan luas permandangan :)

No comments: