Alhamdulillah, rezeki Allah S.W.T

Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan memberikan rezeki dan anugerah pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Syukur Alhamdulillah aku telah diberi peluang dan rezeki oleh Allah S.W.T. Akhirnya aku dapat menyambung pelajaran aku dalam peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Aku ditawarkan dalam bidang sarjana muda senibina dalaman (kepujian). Alhamdulillah aku dapat sambung pelajaran aku dalam bidang yang memang aku impikan selama ni. Aku harap aku dapat ambil peluang ini dan menggunakannya sebaik mungkin. InsyaAllah. Doakan kejayaan aku. Amin :)


Ramadhan Ya Marhaban

Assalamualaikum

Wah, aku rasa dah lama sangat tak update blog ni. Kadang-kadang malas nak menghadap sebenarnya. Hehe. Apapun aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia ni. Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna di bulan penuh barokah ini :)


Ingat dengan larangan dan suruhan Allah S.W.T :)