Penang, here we come !

Assalamualaikum

Last two weeks, aku and family bergerak ke Penang. Sebenarnya this is not vacation but kami menuju ke Penang sebab cousin aku kahwin. Hehe. Sambil menyelam minum air la. Sambil-sambil pergi wedding, sambil-sambil berjalan. Pagi jumaat kami bertolak dari Perak ke Penang. Sampai di Penang kami terus ke rumah mak lang sebelum check in hotel. Pada hari jumaat malam kami banyak menghabiskan masa di rumah mak lang. Menolong apa yang patut.

Pada pagi sabtu, sebelum majlis bermula sempat lagi kami berjalan. Kami menuju ke stall Jeruk Pak Ali. Terdapat berbagai-bagai jenis jeruk disana. Rasa texture jeruk Pak Ali ni memang lain daripada yang lain. Tak sama dengan jeruk-jeruk selain brand Jeruk Pak Ali. Kami memborong jeruk di situ sehingga mencecah RM100. Kemudian kami pulang ke rumah mak lang. Majlis berjalan dengan begitu meriah dengan kehadiran sanak saudara dari sebelah keluarga mak lang dan pak lang.

Pada waktu malam, kami mengambil keputusan untuk berjalan di Uptown Bayan Baru. Berdekatan dengan hotel tempat kami menginap. Uptown Bayan Baru ini terletak bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia. Terdapat banyak jualan baju, makanan dan sebagainya terdapat di sini. Lebih kurang macam Gerbang Malam lah kalau kat Ipoh nun. Aku membeli skirt dan beberapa helai tudung. Tudung di sini semua murah-murah. Kebanyakannya hanya RM10.

Selepas penat berjalan di Uptown Bayan Baru, kami mengambil keputusan untuk makan char kuey teow di bawah pokok besar. Ramai yang kata char kuey teow di sini sedap dan harga yang berpatutan. Kami pulang ke hotel jam 2 pagi. Pada keesokan harinya kami check out dan sempat singgah di restoran nasi kandar untuk breakfast. Kemudian terus menghala pulang ke Ipoh :)

Kedai jeruk Pak Ali, Uptown Bayan Baru and Gerai Char Kuey Teow Pokok Besar

Bakal pengantin baru..InsyaAllah :D

No comments: