Baucer Buku (BR1M) !!

Assalamualaikum

Sounds weird when aku update entry ni. Hehe. Sebenarnya baucer buku ni dah tamat 31 Mei 2013 hari tu. Aku yang lambat update sebab terlampau busy dengan macam-macam aktiviti yang teramat berguna iaitu tidur lah, apa lagi kan. Hehe. Okay lah. Berbalik pada baucer buku (BR1M) ni. Pendapat aku BR1M ni amat bagus untuk pelajar-pelajar kolej dan universiti. Sekurang-kurangnya dapat lah jimat sikit duit untuk membeli buku. Tapi ada syarat jugak BR1M ni. 20% for stationary and 80% for books.

Seawal jam 2.00 petang aku, babah and ibu keluar rumah menuju ke popular AEON Station 18. Babah and ibu first time sebenarnya menjejakkan kaki ke AEON Station 18. Aku dah pernah pergi masa outing dengan roomates dulu. Tapi, aku tak hafal jalan. Hehe. Tak pe jangan risau GPS kan ada. Hehe. Sampai kat Station 18, isi perut dulu baru naik ke Popular Bookstore. Aku hampir gila tengok novel-novel yang bergelimpangan kat situ. Hamboii...ayat aku ! Inilah hasil tangkapan aku.

Gambar kedai buku tu bukan kat popular. Tu kat kelantan. Hehe.


Komik under 18 tu aku belikan untuk abang aku. Sempena birthday dia yang tahun lepas. Haha. Jimat sikit duit aku. Aku dapat beli 3 buah novel, buku-buku resepi untuk ibu, buku peperangan islam untuk adik, and selebihnya aku spent untuk buku-buku agama. Pada mulanya aku nak spent more to novel. Tapi bila fikirkan balik ada baiknya aku spent untuk buku-buku agama. Novel tak boleh buat sebagai buku rujukan. Tapi buku agama boleh digunakan sebagai rujukan.

Alhamdulillah. Aku dapat beli buku yang banyak. Tak pernah lagi dalam satu hari aku belanja buku sebanyak ni. Tapi aku memang books lover. Everytime aku nak tidur aku akan baca buku dulu. Kalau tak memang susah aku nak tidur. Buku-buku yang aku sayang aku akan simpan dalam satu box. Aku tak suka orang pinjam tanpa izin aku. Jadikan buku sahabat kita :)



No comments: