Hanan Night and DDUG

Assalamualaikum,

For this entry aku akan story about  aktiviti yang aku rasa best of the best dekat KMPk. Untuk junior yang akan mengikuti program matrikulasi KPM korang semua tidak perlu bimbang. Dekat matrik nanti korang bukan 100% study je. Korang juga akan dihidangkan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Aku tak tahu bagaimana keadaan di matrik lain. Tapi di KMPk banyak aktiviti yang kami jalankan seperti program minggu Islam Awareness, minggu sains dan banyak lagi aktiviti yang diadakan. Sebenarnya aku tak ingat sangat sebab terlampau banyak aktiviti yang dijalankan.



Dalam banyak-banyak aktiviti yang dijalankan, aku paling teruja dengan program Islam Awareness. Gambar kat atas ni merupakan salah satu aktiviti dalam Islam Awareness iaitu Malam Hanan atau Malam Gema Muslimat. Malam ini merupakan malam yang dikhaskan untuk kaum Hawa sahaja tanpa ada melibatkan kaum Adam. Segala persiapan dan kelengkapan dikendalikan oleh kaum Hawa. Pelbagai aktiviti seperti sketsa, muslimah fashion show, hijabista, alunan zikir dan sebagainya. Aku lah salah seorang model fashion show tu. Hehehe. Pada malam ini juga kaum Hawa tidak mengira agama dijemput hadir dengan memakai pakaian yang cantik dan menutup aurat.


Satu lagi aktiviti yang dijalankan pada minggu Islam Awareness ialah Duduk Diam Untuk Gaza (DDUG). Kiteorang telah berflashmob bagi mengumpulkan sumbangan bagi membantu penduduk Gaza. Pengalaman berflashmob ni aku rasa kenangan paling manis yang pernah aku buat kat sini. Bukan setakat boleh conteng muka dengan darah tiruan ni, dapat jadi patung lagi. Hehehe. Selain itu, jualan gerai juga dibuka untuk pelajar KMPk berniaga.

Bagi junior yang bakal mengikuti program matrikulasi ni, aku harap korang enjoy dengan aktiviti yang dijalankan nanti. Have fun :)

No comments: