untuk junior KMPk

Assalamualaikum,

Hari ni maybe banyak entry yang aku akan publish sebab aku nak bagi semangat untuk junior-junior aku yang bakal masuk ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) atau kolej-kolej matrikulasi yang lain. Ramai yang kata masuk matrik ni macam masuk asrama tapi sebenarnya tak ada la teruk macam asrama pun. Just nice la.

Kebiasaannya pukul 8.00 pagi dah start kelas dan waktu habis kelas tak menentu kadang-kadang awal, kadangkala lambat. Follow pada jadual yang diberikan. Untuk adik-adik yang bakal masuk ke program matrikulasi ni aku nasihatkan supaya buat persediaan awal dari segi jadual belajar. Pastikan bijak untuk bahagikan masa antara belajar dan aktiviti-aktiviti luar.Yang paling penting adik-adik perlu siapkan tutorial yang diberikan. Jangan tangguhkan tutorial yang perlu disiapkan. Habis kelas je pastikan tutorial pun habis dibuat.


Habis waktu kelas kebiasaannya students akan keluar pada waktu petang untuk beriadah. Macam gambar-gambar kat atas tu. Biasanya kiteorang akan pergi ke padang golf. Kat situ kami akan tengok matahari terbenam dan permandangan kat situ pun cantik. Kalau hari sabtu atau ahad pula biasanya kami akan berbasikal.  Free of charge tau tak perlu bayar pun untuk berbasikal tu. Hehehe.

KMPk ni terkenal dengan keindahan hill view. Permandangan atas bukit dapat tenangkan minda korang bila korang stress dan tension dengan study. Atas bukit tersebut korang akan nampak kawasan-kawasan lombong kat Gopeng. Kalau nak tengok lagi apa yang best ada kat KMPk boleh klik disini www.kmpk.matrik.edu.my

Selamat datang ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) :)




No comments: