Part-time or myself ??

Assalamualaikum..

Hai, after a few days kat rumah aku dah buat satu aktiviti yang aku rasa berguna jugak la. Maybe boleh diambil sebagai satu aktiviti dan bisnes part-time yang boleh korang buat apabila mempuyai waktu lapang atau yang sedang menunggu keputusan kemasukan ke universiti tu boleh la cuba untuk buat aktiviti ni.


Mudah je nak buat benda ni. Ribbon yang dah dibentukkan macam yang korang tengok dah jadi bentuk rosses tu semua dah siap dijual di kedai barang-barang pengantin dan kedai ribbon pun ada kot. Yang aku beli ni dekat kedai jual barang-barang pengantin. Tak mahal pun sebab berbaloi benda yang dah siap. Just beli pin yang belakang tu then tembak dengan glue gun dan tampal kat belakang ribbon tu. Jadilah sebentuk brooch yang lawa. Hehehe.

Kalau korang tak nak buat benda ni sebagai satu bisnes pun korang boleh buat benda ni sebagai satu kepentingan untuk diri korang sendiri. Maksud aku brooch-brooch yang macam ni kebiasaanya dijual dengan harga sekitar RM2.50 dekat kedai-kedai. So, dengan cara ni korang boleh jimat kos tak sampai RM2.00 pun. Bukan setakat boleh dapat banyak, korang jugak boleh dapat macam-macam bentuk yang cantik-cantik. Selamat mencuba :)

No comments: