Warkah buat sahabatku


Aku Menyayangimu Kerana Allah


Duhai sahabat..


Andai perkenalan kita ini diredhai Allah
Engkau genggamlah ukhuwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi

Duhai sahabat...
Tatkala air mata turun laju membasahi pipiku
Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu
Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati
Lalu kau tatap wajahku
Dan kau hadiahkan ukiran senyum terindah buatku

Duhai sahabat...
Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi
 Kau berulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan
 Kau datang kepadaku membisikkan kalimat Illahi...
 "Cinta dunia tidak ke mana, kejarlah cinta Allah,
InsyaAllah kita ke Al-Jannah!"
 Dan aku tersedar dari buaiku...

Duhai sahabat...  
Sesalku tidak terungkap Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu
 Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu
Kau tidak mengungkitnya kembali...
 Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu
 "Aku sayangi engkau demi Allah,
 Aku sayangi engkau kerana Allah,
 Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini, kerana Allah...”

Duhai sahabat...
Masihku ingati peristiwa itu
Tika ada perselisihan faham antara kita
Akibat aniaya orang ketiga
Kau duduk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak
Kau tebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu
Dan aku cuba menyembunyikan
Cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi
"Allah sedang menguji kita,
sejauh mana kuatnya kita mempertahankan,
Ikatan persahabatan yang kita jalinkan ini..
" Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru
Kau genggam tanganku Dan aku yakin,
kaulah sahabatku yang satu...

Duhai sahabat...
Tika itu aku merasa sebak
 Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu...
 Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih

Duhai sahabat... Aku berharap agar aku mampu
 Menjadi seorang sahabat sama sepertimu
 Sahabat yang menyayangi sahabatnya,
 Sahabat yang mengasihi sahabatnya,
 Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah
Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi
Moga Allah utuhkan ukhuwah kita Yang terjalin selama ini...
Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah!
Dengan setitis air mata
Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu,
 Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya...
Daku sangat menyayangimu duhai sahabatku...


Dicuri dari blog http://warkahcikguamirul2u.blogspot.com/p/puisi.html.

Assalamualaikum

Kehadapan sahabat-sahabat yang aku cintai dan disayangi. Aku amat merindui korang di saat ini. Sehingga aku tergerak hati untuk menaip warkah ini. Aku harapkan korang semua sentiasa diredhai Allah S.W.T dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Puisi yang aku cari tu aku dedikasikan khas untuk korang. Aku minta maaf sekiranya aku ada menyinggung perasaan korang. Antara sengaja atau tidak. Korang la BFF aku. Aku tidak memilih. Walaupun ada yang aku tahu ada diantara kita tak rapat. Tapi kita selalu berkomunikasi antara satu sama lain. Aku menganggap semua sama, BFF aku.

Aku sentiasa teringat senyuman, gelak tawa, air mata dan semua sifat-sifat korang. Sehingga kan aku mampu mengalir air mata ketika aku rindu. Terngiang-ngiang gelak tawa korang bila aku sunyi. Terkenang lawak-lawak antarabangsa korang bila aku sedih automatik aku akan tergelak. Hehe. Sebenarnya aku tengah menangis masa typing ni. Tapi bila teringat lawak korang aku tergelak.

Sahabat-sahabat aku, aku harap persahabatan kita sentiasa diredhai Allah S.W.T. Aku harap kita bagai adik beradik seperti air dicincang tak kan putus. Aku harap kita sentiasa berhubung walaupun dimana kita berada, walau ke hujung dunia sekalipun kita tetap sahabat. Aku sentiasa mendoakan kalian di setiap penghujung solat ku. Agar korang sentiasa dilindungi-Nya dan sentiasa dibawah rahmat-Nya. Semoga kita besahabat till Jannah. Amin Ya Rabb :)

Note :

  • Untuk sahabat-sahabat sewaktu sekolah Tadika Iman dan Farhan, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
  • Untuk sahabat sekolah rendah di SK Kg.Kopok, Johor.
  • Untuk sahabat SMK Pasir Gudang 1, Johor.
  • Untuk sahabat SMK RLKT Lasah, Sg.Siput (U), Perak.
  • Untuk sahabat di Kolej Matrikulasi Perak
  • Dan sahabat yang mengenali di aku sama ada sengaja atau tidak sengaja.


No comments: