I'm Busy for this week !

Assalamualaikum

Dalam minggu ini aku agak sibuk menguruskan persiapan untuk melapor diri ke UiTM. Jadi aku telah mengambil langkah mudah pada malam ini dengan meng'update' tiga entry sekaligus disebabkan terlalu nervous memikirkan hari ahad ini, aku tidak dapat melelapkan mata. Aku tak tahu sampai bila keadaan aku akan berlarutan seperti ini. So, aku telah mengambil langkah yang sangat berfaedah dengan menulis blog.



Hari-hari hari raya !

Assalamualaikum

Eh, agak pelik title aku. Hehehe. Sebenarnya, aku nak ucapkan selamat hari raya. Maaf sebab terlewat. Tapi aku rasa masih belum terlambat kerana aku still lagi dijemput menghadiri rumah terbuka. Huhu. Back to the point, aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin andai tersilap kata, terlajak bahasa, terlanjur perbuatan kepada semua yang mengenali diri ini. Andai ada yang menjadikan aku musuh dalam selimut maafkanlah segala perbuatan yang menyakitkan itu. Seri 0-0 okay. Hehehe :D




Pertukaran

Assalamualaikum

Sudah lama rasanya aku tidak exercise jari untuk meng'update' blog. Kali ni aku meluangkan sedikit masa walaupun agak kepenatan setelah packing barang untuk merantau ke negeri orang. So, dengan title pertukaran tu jangan korang pelik sebab ada dua meaning kat sini. First, pertukaran aku ke negeri orang and second pertukaran course !



Itu sebenarnya yang sangat memeranjatkan aku. Pada suatu pagi yang hening, aku telah mendapat panggilan daripada pihak UiTM mengatakan mereka hendak menukarkan course aku. Daripada course interior architecture aku telah di'transfer' pergi ke lanscape architecture atas kesilapan teknikal katanya.

Tanpa pilihan aku terpaksa terima. Dengan memikirkan sesuatu hikmah and positive thinking aku telah muhasabah diri dan redha. Mungkin rezeki aku di bidang landscape. Ini semua perancangan Allah S.W.T. Perancangan Allah S.W.T itu adalah sebaik-baik perancang. Jadi aku membuka minda aku untuk terima semua yang dirancang oleh-Nya. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin Ya Rabb :)